Pages

Monday, January 31, 2011

Ebook Photoshop

Assalamualaikum dan salam satu malaysia..
Dah lama saya xtulis dalam blog ini..Sekarang agak bizi sedikit dengan kerja2 luar ini...
Haa...baru-baru ini saya telah membeli e-book photoshop yang bertajuk"KOMPILASI TEKNIK SUNTINGAN FOTO TERBAIK" yang diterbitkan oleh Pengasas Sifoo.com...Sekiranya anda tidak pernah mendengar sifoo.com anda boleh berinteraksi dengan pakar-pakar fotografi dan designer didalam forum ini..





Banyak teknik di ajar didalam buku ini secara langkah demi langkah dan beserta dengan gambar.Ini sebagai contoh teknik yang akan diajar.




Kelebihan Ebook ini
Ebook ini ditulis dalam bahasa malaysia dan didalamnya ada file asas untuk melakukan latihan.Jika anda tercari ebook yang sesuai pada pendapat saya inilah buku yang terbaik yang pernah saya beli sebelum ini..Sekiranya anda membeli ebook ini anda akan mendapat cd yang mempunyai fail,action photoshop,imej stock dan pelbagai lagi bonos yang memudahkan anda mempelajari cara mengedit gambar..Kalau ebook lain anda hanya dapat file pdf sahaja(tidak boleh dipegang)




Teknik-teknik yang ada dalam ebook ini

1.Bleach Bypass

2.High Detail

3.High Key

4.Pencil Sketch (dan pencil colour)

5.Colour Cast

6.Infrared (Tiga Jenis Infrared)

7.Licinkan Kulit Muka

8.Fake Ranbow

9.Texture Old Photo

10.Sinaran Waktu Pagi

11.Soft Focus

12.Two- Colour Techinicolour

13.Vignette (4kaedah)

14.Special Tone1

15.Special Tone2

16.Motion Fractalius

17.Topaz Paint Style

18.Gritty HDR

19.Lomography Style

20.Velvia Effect (dan alternatif Velvia Effect)

21.Colour Processing

22..(Lupa da effect ini.)


Tentang harga?
Harga tidak mahal seperti ebook yang ada di pasaran. Saya pernah mencari ebook PHOTOSHOP DALAM BAHASA MELAYU rata-ratanya harga dalam RM100 keatas..Ada yang kurang tetapi isinya kurang padat dan hanya teknik semata-mata tanpa file psd.Harga sebenar ialah RM90 TETAPI sekarang dibuat promosi istemewa iaitu Rm60.00(sehingga 15Feb 2011)


Untuk membeli ebook ini anda boleh klik disini


Sunday, January 23, 2011

ASAS KOMPOSISI DALAM FOTOGRAFI

Asas dalam fotografi ini amat penting..Ini dapat membezakan subjek apa yang anda ingin tonjolkan



1.Rule of third (Peraturan Ketiga)



Ini merupakan asas untuk shoot gambar.Kebiasaaan jurugambar selalu menggunakan peraturan ini untuk menunjukkan subjek.Sebelum shoot (tangkap gambar)kebiasanya bagi jurugambar yang baru berjinak2 akan mengikut peraturan ini. Ini dapat membezakan anda sebagai jurugambar biasa atau jurugambar profesional..


Caranya ialah bahagikan gambar anda kepada beberapa garisan seperti contoh dibawah:







Pastikan subjek anda terkena pada titik2 bersilang pada gambar tersebut.Dalam gambar diatas subjeknya ialah lebah(pinjam gambar dalam internet)..Perhatikan bahawa titik-titik persilangan garisan mengenai pada kaki lebah dan mata lebah..itulah maksud peraturan ketiga...



Ini contoh yang lain.


Gambar diatas menunjukan saya ingin menunjukan subjek iaitu gambar wanita..Gambar wanita terletak dikedudukan titik bersilang..haaa itulah maksud peraturan ketiga..Ini gambar saya tangkap menggunakan nikon d3000 je..xmampu guna mahal2..still learning and sharing new info if have..

Satu lagi info yang berguna apabil anda menggunakan kemera slr ialah DOF.Perhatikan bahawa gambar kereta bomba itu agak kabur manakalah gambar wanita tersebut jelas kan..Kabur pada gambar tersebut disebut sebagai D.O.F (Dept Of Field)atau bokeh..
Anda boleh memahami maksud DOF dengan melayari halaman web dibawah:

http://en.wikipedia.org/wiki/Depth_of_field

Seterusnya saya akan menerangkan peraturan yang lain kepada anda pada entry yang akan datang...Sekiranya berminat untuk mencari pengalaman maka rajin2lah memetik shutter kamera untuk memantapkan skill fotografi anda..



P/S: Anda mesti fikirkan apa yang anda ingin tunjukkan didalam gambar semasa anda ingin menangkap gambar...