Tuesday, October 11, 2011
Masa Suntuk..
Haaa..baru sempat aku menulis blog ini setelah aku mencari-cari masa di dalam kesibukan waktu.Terlibat dengan pelbagai aktiviti sekolah, kementerian dan kesihatan tidak menentu sering mencuriga ku untuk mengemaskini blog ini..Aku cuba mencari masa terluang terutama ketika berada dirumah tapi xdapat...fuh..berhempas pulas dengan pelbagai masalah..biasalah masalah..hidup umpama tayar motor..kadang2 elok..kadang2 pancit..kadang2 keras sangat tayar..kadang2 lebik..tetapi itulah guru yang mengajar kita erti hidup yang sebenar..aku malas nak cakap banyak sebab banyak cakap banyak dosa..huhuhuuu..
Entry kali ini aku nak berkongsi sedikit hasil artwork yang xseberapa ini..aku baru nak belajar grafik walaupun hakikat aku xde pengalaman..belajar dari hasil pemerhatian dan tunjuk ajar dari kawan-kawan aku yang jauh beza bila mereka buat artwork..kalau nak komen komenlah yang membina..sebab apa? sebab dengan komen itulah aku boleh belajar dari kesilapan...boleh layan gambar dibawah sempena aku ditugaskan untuk shoot murid prasekolah di perak
Sunday, June 26, 2011
Cara Nabi jaga kesihatan diri

BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.
Kali ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja.
Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.
Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpe nyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:
Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar d
an apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah
di hati.
Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, ba nyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.
Oleh Ustaz Zawawi Yusoh
Wednesday, April 27, 2011
Tips Fotografi (Seni Melihat)
Tips2 ialah
Anda cuba melihat sesuatu subjek dari arah yang berbeza..macam mana yea?perlu melihat apa yang orang lain tidak lihat.. Kene berfikir dan menggunakan mata sebagai "kamera canggih" yang Allah bagi kepada kita..

Ada mungkin anda lihat jurufoto berpusing2/ tertonggeng / meniarap untuk mencari angle yang terbaik untuk dirakamkan..perlu diingat bagaimana cara untuk menggunakan seluruh frame kamera untuk menangkap gambar.Yang penting praktis dan praktis..kalau xfaham kene rajin bertanya kepada pro. Itu yang saya amalkan sampai sekarang sebab ada ilmu yang kita tahu dan ada juga ilmu yang kita xtahu..jadi selamat mencuba..
Monday, January 31, 2011
Ebook Photoshop
Haa...baru-baru ini saya telah membeli e-book photoshop yang bertajuk"KOMPILASI TEKNIK SUNTINGAN FOTO TERBAIK" yang diterbitkan oleh Pengasas Sifoo.com...Sekiranya anda tidak pernah mendengar sifoo.com anda boleh berinteraksi dengan pakar-pakar fotografi dan designer didalam forum ini..



Kelebihan Ebook ini


Sunday, January 23, 2011
ASAS KOMPOSISI DALAM FOTOGRAFI
1.Rule of third (Peraturan Ketiga)
Ini merupakan asas untuk shoot gambar.Kebiasaaan jurugambar selalu menggunakan peraturan ini untuk menunjukkan subjek.Sebelum shoot (tangkap gambar)kebiasanya bagi jurugambar yang baru berjinak2 akan mengikut peraturan ini. Ini dapat membezakan anda sebagai jurugambar biasa atau jurugambar profesional..
Caranya ialah bahagikan gambar anda kepada beberapa garisan seperti contoh dibawah:

Pastikan subjek anda terkena pada titik2 bersilang pada gambar tersebut.Dalam gambar diatas subjeknya ialah lebah(pinjam gambar dalam internet)..Perhatikan bahawa titik-titik persilangan garisan mengenai pada kaki lebah dan mata lebah..itulah maksud peraturan ketiga...
Ini contoh yang lain.

Gambar diatas menunjukan saya ingin menunjukan subjek iaitu gambar wanita..Gambar wanita terletak dikedudukan titik bersilang..haaa itulah maksud peraturan ketiga..Ini gambar saya tangkap menggunakan nikon d3000 je..xmampu guna mahal2..still learning and sharing new info if have..
Satu lagi info yang berguna apabil anda menggunakan kemera slr ialah DOF.Perhatikan bahawa gambar kereta bomba itu agak kabur manakalah gambar wanita tersebut jelas kan..Kabur pada gambar tersebut disebut sebagai D.O.F (Dept Of Field)atau bokeh..
Anda boleh memahami maksud DOF dengan melayari halaman web dibawah:
http://en.wikipedia.org/wiki/Depth_of_field
Seterusnya saya akan menerangkan peraturan yang lain kepada anda pada entry yang akan datang...Sekiranya berminat untuk mencari pengalaman maka rajin2lah memetik shutter kamera untuk memantapkan skill fotografi anda..
P/S: Anda mesti fikirkan apa yang anda ingin tunjukkan didalam gambar semasa anda ingin menangkap gambar...




