Akidah yang sibuk bekerja keras untuk meyiapkan carta sebelum hari Isnin iaitu Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Sitiawan 2010.
Friday, May 14, 2010
Projek Carta Organisasi Sek Keb Seri Sitiawan
Akidah yang sibuk bekerja keras untuk meyiapkan carta sebelum hari Isnin iaitu Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Sitiawan 2010.
Sunday, May 9, 2010
Etika Kerja Designer: Isu Ciplak
Kali ini saya akan cuba menyentuh tentang isu ciplak atau mencuri kerja orang lain di dalam industri rekabentuk. Di dalam bidang penulisan, kita sering mendengar istilah plagiarism, iaitu kegiatan meniru gaya bahasa, isi atau idea penulis lain. Di dalam bidang seni lain seperti muzik kita sering pula mendengar istilah seperti isu hakcipta, isu ciplak melodi atau lirik. Bagaimana pula dengan ciplak di dalam bidang rekabentuk?
Plagiarism is the use or close imitation of the language and ideas of another author and representation of them as one’s own original work.Sumber Wikipedia.com
Copyright infringement (or copyright violation) is the unauthorized use of material that is covered bycopyright law, in a manner that violates one of the copyright owner’s exclusive rights, such as the right to reproduce or perform the copyrighted work, or to makederivative works.Sumber Wikipedia.com
Mungkin ada banyak lagi situasi yang boleh disenaraikan, bukan? Tapi cukuplah sekadar dua situasi tersebut.
Menurut Perbadanan Harta Intelek Malaysia (http://www.myipo.gov.my), anda boleh memelihara idea dan hasil kerja anda secara perundangan di dalam kategori seperti Paten, Trademark, Copyright, Industrial Design, Geographical Indication dan IC Layout Design.
Intellectual property (IP) are legal property rights over creations of the mind, both artistic and commercial, and the corresponding fields of law. Under intellectual property law, owners are granted certain exclusive rights to a variety of intangible assets, such as musical, literary, and artistic works; ideas, discoveries and inventions; and words, phrases, symbols, and designs. Common types of intellectual property include copyrights,trademarks,patents, industrial design rights and trade secrets.Sumber Wikipedia.com
Walau bagaimana pun, isu ini harus bermula dengan kesedaran setiap individu designer itu sendiri. Bertanggungjawablah dengan karya yang anda usahakan dan ganjaran yang anda terimakan. Kita haruslah belajar untuk menjadi jujur kepada diri sendiri. Usah mengambil jalan mudah untuk membuat kerja anda tanpa mengira sensitiviti dan etika kerja.
Semoga kita semua akan mendapat berkat yang lebih dengan kerja yang ‘jujur’.
Situasi 1 mungkin dilakukan oleh seorang yang bukan designer. Dia mungkin hanya seorang individu yang teramat minat dengan hasil kerja anda lantas menggunakan design tersebut tanpa izin di laman webnya. Yang menjadi isunya di sini ialah beliau tidak mendapatkan keizinan daripada artis yang asal. Atau, langsung ‘terlupa’ untuk memberi kredit.
Situasi 2 mungkin agak berat sedikit kerana yang melakukannya adalah seorang designer yang menggunakan idea dan design orang lain bagi mendapatkan ganjaran atau upah. Dengan mengaku kepada klien bahawa design tersebut adalah hasil kerjanya sendiri dan tiada isu hakcipta yang dilanggar, dia mengharapkan ganjaran daripada idea orang lain. Tentu sahaja salah bukan?
Disclosure: I created everything in my entry and I didn’t copy anyone else’s concept. Everything in this entry is my original work. I have full right to license/sell it.Pernyataan pengakuan yang lazim terdapat apabila membida design
Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah sikap dan etika sebagai seorang designer. Banyak insiden yang pernah berlaku dan diperkatakan tentang isu ciplak ini. Kadangkala berlaku kepada acara-acara besar seperti logo sambutan kemerdekaan Malaysia. Klien mungkin tiada masa atau kesempatan untuk membuat semakan terhadap semua penyertaan design. Jadi, tergantung kepada designer untuk bertanggungjawab terhadap hasil karyanya sendiri. Janganlah mengambil jalan mudah dengan meniru bulat-bulat hasil kerja orang lain atau ‘print screen’!
Secara praktisnya ramai designer yang bermula dengan meniru-niru gaya design artis yang dia minati. Ini tidak salah sekiranya hasil meniru-niru itu tidak diterbitkan di mana-mana. Atau kalau nak diterbit sekali pun, mungkin di laman web peribadi beliau sendiri dengan membuat nota dan kredit bahawa hasil kerja tersebut adalah sebuah ‘eksperimentasi atau latihan yang bersumberkan daripada idea si polan bin si polan’.
Kita kena pandai memberi kredit kepada orang lain terhadap hasil kerjanya yang kita pinjam, adaptasikan dan guna-pakai. Bukan susah sangat, minta izin dengan tuan punya karya dan letakkan nota kaki atau linkkan kepada sumber asal (sekiranya terdapat di laman web).
kredit kepada Abg Imran Abdul Jabar(My Sifooku..)
sumber http://sifoo.com/artikel/etika-kerja-designer-isu-ciplak/







