Assalamualaikum dan semoga berada didalam rahmat Allah..Apa yang aku nak tulis pun dah xingat..hehehee.oh lupa..aku sekarang tengah buat projek Kemahiran Hidup untuk murid pendidikan khas.So far Alhamdulilah projek Taman Herba sedang berjalan lancar..
Murid-murid yang hyper lagilah seronok mencangkul untuk membina batas sayur..Aku kene demo sikit cara menebas dan mencabut rumput supaya student aku boleh faham dan boleh buat.
Macam-macam gelagat yang aku tengok sampai xtahan nak gelak.Tapi "cover" la..hehehe..Gambar ada tapi aku tertinggal pulak kat sekolah..Terlupa sebab banyak keje aku kene kejar "dateline" untuk update data murid ""SMM versi 4" untuk murid pendidikan khas.

So far sambil aku tengok-tengok projek Taman Herba aku mula plan nak buat projek Kemahiran Hidup seperti membasuh kereta.Aku bagi pendedahan kepada murid cara membasuh kereta. At list murid aku ada yang berfikir untuk membuka perniagaan car wash ke dan benda2 yang sewaktu dengannya..
Murid-murid pantang dapat duit mesti xingat dunia..Kalau nak harapkan majikan lain bagi kerja kat orang OKU aku rasa payah sikit.Realitinya banyak yang tidak mahu ambik berkerja.Tu yang aku niat supaya murid2 aku ni boleh berdikari mencari rezeki tanpa berharap kepada ibu bapa mereka..