
Monday, November 1, 2010
Design Banner

Saturday, September 4, 2010
Inshallah Lyrics
By: Maher Zain
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way
Video & Lyrics Information
Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
Copyright: Awakening Records 2009
Wednesday, August 25, 2010
MENGHAYATI SUNNAH RASULULLAH
Alhamdulillah, dengan rahmat Allah SWT, diberikanNya kekuatan untuk saya sekali lagi memulakan penulisan ini, semuga dengan rahmat, kekuatan dan hidayah dari Allah SWT, saya dapat menghabiskan penulisan untuk kali ini. Sesungguhnya setiap yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang sebaliknya itu mungkin dari salah faham diri saya sendiri, Saya memohon keampunan Allah SWT dan berdoa semuga penulisan ini memperoleh keberkatan dariNya.
Di akhir zaman ini, setelah kita ditinggalkan oleh Rasulullah selama lebih 1,400 tahun, Rasulullah meninggalkan amanatnya untuk kita mengambil pengajaran darinya. Suatu hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Majjah dan tergolong sebagai hadis yang hassan dan sahih iaitu pemberitahuan daripada ‘Auf bin Malik r,a, beliau berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda: “Demi Tuhan yang diriku berada di dalam kekuasaannya, umat ku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga (73) golongan/puak, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka.
Lalu para sahabat pun bertanya kepada baginda: “Golongan manakah yang akan selamat itu?”
Jawab baginda: “mereka yang berada dalam ‘Jamaah’ (Al Jamaah)
Sesetengah periwayat yang lain seperti At Tabrani pula menyatakan: “mereka yang mengamalkan sunnah ku dalam jamaah (ahlul sunnati wal jamaah)
Makna jamaah itu pula adalah ‘kumpulan’ dan daripada Abu Dawuud pula menjelaskan lagi mengenai jamaah atau kumpulan ini sebagai mereka yang melaksanakan “Apa yang aku (Rasulullah saw) lakukan dan juga para sahabat-sahabatku”
Di dalam memahami makna hadis inilah, pelbagai andaian dilakukan dan pelbagai puak samada dari kalangan syiah, muktazilah, ahlil bait, baihaqi, wahabi, ahlul sunnah wal jamaah dan lain-lain lagi cuba menggambarkan bahawa apa yang dinyatakankan oleh Rasulullah saw itu adalah merupakan “Jamaah” mereka. Hasilnya, terpecahlah umat ini kepada beberapa golongan yang masing-masing berpendapat bahawa merekalah ‘yang akan memasuki syurga’ sementara yang lain itu adalah ‘ahli neraka’.
Kearah untuk memahami semua persoalan ini, saya berusaha untuk memberikan suatu kefahaman yang berbeza. Saya berusaha untuk memberikan makna kepada sunnah Rasulullah saw, supaya dengan demikian itu, kita dapat menilai samada kita ini adalah seorang pendukung sunnah Rasulullah saw ataupun sebaliknya. Sesungguhnya, hanya mereka yang berada di dalam ‘Jamaah’ yang mendirikan ‘sunnah Rasulullah saw’ yang akan memasuki ‘syurga Allah SWT’
Sahabat dan saudara-saudara yang dikasihi,
Pada penulisan yang lalu saya telah membawakan untuk saudara dan sahabat semua suatu mafhum dari surah Al Anbiya’ iaitu dari ayat 92 hingga 94 di mana Allah SWT menyatakan dengan jelas bahawa Umat Muhammad itu adalah merupakan ‘umat yang SATU’. Selagi kita berada dalam jamaah yang bertujuan untuk melaksanakan sunnah Rasulullah saw, maka insyaAllah kita adalah merupakan umat yang ‘satu’ itu.
Apakah dia sunnah Rasulullah saw itu?, Cukupkah hanya dengan mengikuti Rasulullah saw dalam melaksanakan perkara-perkara yang bersifat khusus semata-mata?, pada solatnya, puasanya, zakatnya atau hajinya? Sering saya bertanya dan memberitahu pada saudara dan sahabat semua bahawa sebenarnya ada sunnah yang lebih utama dari semua itu, ada sunnah yang lebih utama dari cara berpakaian, cara berjalan, cara duduk. Sayangnya tidak ada dari kalangan sahabat yang pernah menyoal apakah sunnah yang lebih utama itu ?.
Hari ini saya menyatakan untuk sahabat dan saudara-saudara semua mengenai sunnah yang amat utama tetapi telah kita tinggalkan semata-mata untuk menjunjung sunnah-sunnah kecil. Apakah itu ?, iaitulah Sesungguhnya Rasulullah saw diutuskan untuk membawakan Islam itu sebagai “Rahmatan Lil ‘Alamin”.
Kerana Islam itu perlu dibawa untuk menjadi rahmat kepada sekelian alam, maka ianya mesti dibawa dalam bentuk berjamaah. Kerana itu juga Rasulullah sangat menekankan supaya Islam itu terbina sebagai suatu institudi atau Jamaah kerana dengan berjamaah sahaja kita akan dapat membawa Islam itu menjadi rahmat kepada sekelian alam.
Hari ini, jika kita dapat melihat dengan mata hati kita, umat ini telah berpecah kepada puak-puak yang mengamalkan assobiyah (kenegerian) dan sudah hilang sifat rahmat untuk sekelian alam. Kita telah dipisahkan dengan sempadan kenegaraan untuk tidak menjadi umat yang ‘satu’ sehinggakan kesusahan yang menimpa saudara kita disempadan negeri pun tidak dapat untuk kita berikan bantuan, inilah sebenarnya apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw, bahawa kamu akan terpecah kepada 73 golongan di mana setiap golongan tidak mampu untuk menyatakan, memberikan sokongan, kerjasama dan bantuan kepada golongan yang lain.
Sahabat dan saudara ku,
Hadis ini ditujukan untuk kita, untuk mereka yang telah berada di penghujung zaman bukannya untuk mereka yang sezaman dengan Rasulullah atau sezaman dengan para tabi’ tabi’in, Hadis ini untuk kita yang telah kehilangan kesatuan selepas jatuhnya empayar Islam Otthoman. Kerana itu perhatikanlah hadis ini dengan mata hati bukan dengan akal fikiran semata-mata. Bukalah jiwa kita untuk menerima kebenaran dan jangan tutupi jiwa kita dengan kebatilan, semuga Allah SWT menunjuki untuk kita jalanNya yang benar lagi lurus, Amin.
Semuga tulisan yang sedikit ini dapat membukakan hidayah Allah SWT untuk kita semua, yang baik itu adalah dari Allah dan yang sebaliknya itu adalah dari salah faham saya sendiri,l Wall hu aqlam, Wassalam.
P/S: Kreadit kepada soleh.net
Wednesday, June 9, 2010
12 Sikap yang perlu ada pada seorang mukmin
ALLAH sangat dibesarkannya, melalui ibadah sembahyang,zikir, membaca Al Quran, tasbih dan tahmid. Rasa bertuhan sangat mendalam hingga terserlah pada mukanya dan sikap hidupnya. Misalnya merendah diri, pemalu, sabar, redha, tenang,pemurah, tawakal, pemaaf, bertolak ansur dan berdisiplin,sehingga melihat mukanya mengingatkan kita kepada Allah dan hari Akhirat. Melihat mukanya kita rasa senang dan tenang.
(2.) Sikap orang mukmin dengan syariat Islam
Dia sangat menghormati gurunya. Malu ketika di hadapannya,merendah diri dengannya. Sekalipun guru yang mengajarnya tentang ilmu dunia. Jasa gurunya selalu dikenang seperti menyebut-nyebut nama dan jasa. Bila ada masa selalu menziarahinya,memberi bantuan dan hadiah. Bukan sahaja gurunya dihormati,bahkan isteri-isteri gurunya dan anak-anak gurunya dihormati.Kesalahan gurunya dilupakan, apatah pula dihina dan diberi malu serta diumpat, pasti tidak akan dilakukannya, sebaliknya selalu mendoakan gurunya pula.
(4.) Sikap orang mukmin dengan ibu bapa
Ibu bapa sangat dihormati, sangat merendah diri di hadapannya,jasa mereka selalu dikenang, bahkan dibalas selalu. Kesusahannya dibantu. Kalau senang diberi hadiah selalu. Selalu menziarahinya,sering mendoakannya, aibnya ditutup, bercakap dengan ibu bapa tutur bahasa sangat dijaga. Kalau ibu bapanya memarahinya, dia tidak akan melawan. Kalaupun perlu bercakap sekadar menjelaskan.
(5.) Sikap orang mukmin dengan kawan
Pandai bergaul dengan kawan, setia dengan kawan. Kesusahan kawan ditolong dan dibantu apatah lagi kalau diminta. Suka menziarahi kawan kalau ada masa. Janjinya ditepati, aibnya ditutupkan, anak dan isterinya dimuliakan. Kesalahannya dimaafkan walaupun tanpa diminta. Kalau dia yang membuat salah cepat-cepat meminta maaf. Menziarahi kawan memilih waktu, waktu ziarah tidak meliarkan mata, kehormatan keluarga kawan dijaga.
(6.) Sikap orang mukmin dengan manusia umumnya
Dalam pergaulan dengan manusia umumnya, pandai pula menyesuaikan diri. Dalam pergaulan dia sedar diri hingga pandai meletakkan diri pada tempatnya sesuai dengan kedudukannya.Pandai melayan orang sesuai dengan kedudukannya dan mengikut tarafnya. Kalau dia seorang yang pandai, atau kaya, atau berpangkat, dia tidak akan sombong atau menunjuk nunjuk diri di depan orang ramai. Dia tetap tawadhuk dan merendah diri. Dan kalau dia orang yang serba kurang tidak pula rasa rendah diri atau hina diri lebih-lebih lagi tidak mudah dihambakan orang. Kalau dia susah, tidak akan meminta-minta apalagi menipu. Dia tetap menjaga maruah dirinya. Mudah memberi salam dan mudah pula menjawab salam orang.
(7.) Sikap orang mukmin dengan tetamu
Dia sangat menghormati tetamu, mengutamakan keperluan tetamunya, sangat dijaga seperti makan minum dan tempat tinggalnya. Datangnya disambut, kepulangannya dihantar hingga di hadapan pintu atau di hadapan rumahnya hingga hilang dari pandangannya. Memberi hadiah kepada tetamu atau memberi buah tangan kalau ada di waktu mampu.
(8.) Sikap orang mukmin dengan anak isteri
Dia mengelokkan pergaulan dengan mereka. Memberi nasihat dan memimpin mereka selalu. Kesilapan mereka dibetulkan dengan bijaksana. Sabar dengan kerenah mereka. Beribadah fardhu bersama, makan bersama. Kewajipan terhadap anak isteri ditunaikan. Mendidik dan mendisiplinkan mereka di dalam sebarang perkara. Anak-anak yang kecil ditunjukkan kasih sayang.Anak yang masih belajar didisiplinkan mereka. Jangan sangat tunjukkan kasih sayang dan jangan tunjukkan benci. Anak yang sudah dewasa atau sudah berkeluarga, dilayan macam kawan,ajak mereka berbincang. Berbual-bual dengan mereka. Dengan isteri perlu ada gurau senda yang tidak berlebih-lebihan, berbual-bual dengannya sesuai dengan kedudukan isteri untuk mengambil dan menjinakkan hati isteri itu bagi yang ramai isteri.Bagi orang yang berpoligami, bertolak ansur dalam hal-hal yang dibolehkan. Boleh juga tidak bertolak ansur dalam hal-hal yang dibolehkan, di masa-masa tertentu untuk didikan mereka.
(9.) Sikap orang mukmin dengan situasi
Orang mukmin sentiasa menjaga maruah diri. Kalau dia lalu ditempat-tempat yang penuh dengan keadaan-keadaan yang boleh melalaikan dan boleh jatuh kepada haram, atau yang boleh menggugat iman, dia tidak akan terpengaruh. Dia tetap terhormat dengan tidak meliarkan pandangan, tidak membuka telinga untuk laluan perkara-perkara yang melalaikan itu. Seolah-olah dia tidak melihat apa-apa di sekelilingnya, seolah-olah tidak ada apa-apa terjadi. Hatinya tidak rosak oleh suasana sekelilingnya.Keadaannya macamlah ikan di laut, dia tidak masin oleh masinnya air laut.
(10.) Sikap orang mukmin dengan ilmu
Orang mukmin sentiasa menambah ilmu dan pengalaman.Makin berumur semakin banyak ilmu. Semakin tua, ilmunyajuga ikut tua dan matang, semakin luas pengalaman. Ia sangat peka dengan ilmu. Setiap kejadian diambil iktibar dan pengajaran.Setiap isu semasa, pandai pula dia mengambil hikmahnya serta pandai menilai buruk baiknya hingga mendapat ilmu pengajaran darinya serta dia boleh menetapkan pendirian dan sikapnya terhadap isu tersebut. Tambahan pula orang mukmin itu sepatutnya mengambil tahu setiap kejadian di dunia ini.Sebab itu orang mukmin tidak mudah tertipu dan ditipu, tidak mudah terpengaruh dengan yang negatif tapi mudah terpengaruh dengan yang positif. Orang mukmin tidak mudah dicorak tapi mudah mencorak. saintis-islam
(11.) Sikap orang mukmin dengan masa
Orang mukmin sangat menjaga masa. Masa tidak dibuang dan disia-siakan begitu saja. Setiap masa diisi dengan sesuatu yang berfaedah. Bahkan pandai membahagi-bahagikan masa diisi dengan jadual hidupnya. Ada masa untuk beribadah, ada masa untuk membaca, ada masa untuk berjuang, masa untuk menziarah,masa dengan anak dan isteri-isteri, masa untuk tidur baring dan rehatnya. Kalau dia orang penting, ada masa untuk tetamu dan orang-orang yang hendak berjumpa dengannya.Begitulah seterusnya masa itu sangat berharga. Masa adalah umurnya. Mensia-siakan masa ertinya mensia-siakan umurnya,dia sudah tentu tidak akan mensia-siakan umurnya.
(12.) Sikap orang mukmin dengan harta
Orang mukmin bila berhadapan dengan harta dan harta benda kekayaan, sangat cemas dan bimbang, takut disalah gunakan,kerana itu dia bersyukur dengan Tuhan. Menggunakan harta benda kekayaan itu untuk Allah dan untuk khidmat kepada manusia lebih-lebih lagi dia sangat cemas kalau-kalau dia membuat kerja-kerja yang boleh membazirkan harta benda dan membuangnya kepada yang haram dan sia-sia. Orang mukmin merasa harta benda dan kekayaan adalah amanah Tuhan yang perlu dipertanggungjawabkan sebaik-baiknya. Untuk diagih-agihkan kepada yang sebenarnya dan yang empunyanya. Terutamanya digunakan kepada fakir miskin dan kepada jihad fisabilillah.
Hasil tulisan : Saudara Suhaimi Rahim Di copy & paste dari : Cinta Bakar
P/s- Sekiranya anda rasa artikel ini bagus dan bermanfaat, sila lah /forward/ artikel ini kepada kawan-kawan yang lain. Terima kasih ;)
kreadit kepada http://pakarhowto.com
Friday, May 14, 2010
Projek Carta Organisasi Sek Keb Seri Sitiawan
Akidah yang sibuk bekerja keras untuk meyiapkan carta sebelum hari Isnin iaitu Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Sitiawan 2010.
Sunday, May 9, 2010
Etika Kerja Designer: Isu Ciplak
Kali ini saya akan cuba menyentuh tentang isu ciplak atau mencuri kerja orang lain di dalam industri rekabentuk. Di dalam bidang penulisan, kita sering mendengar istilah plagiarism, iaitu kegiatan meniru gaya bahasa, isi atau idea penulis lain. Di dalam bidang seni lain seperti muzik kita sering pula mendengar istilah seperti isu hakcipta, isu ciplak melodi atau lirik. Bagaimana pula dengan ciplak di dalam bidang rekabentuk?
Plagiarism is the use or close imitation of the language and ideas of another author and representation of them as one’s own original work.Sumber Wikipedia.com
Copyright infringement (or copyright violation) is the unauthorized use of material that is covered bycopyright law, in a manner that violates one of the copyright owner’s exclusive rights, such as the right to reproduce or perform the copyrighted work, or to makederivative works.Sumber Wikipedia.com
Mungkin ada banyak lagi situasi yang boleh disenaraikan, bukan? Tapi cukuplah sekadar dua situasi tersebut.
Menurut Perbadanan Harta Intelek Malaysia (http://www.myipo.gov.my), anda boleh memelihara idea dan hasil kerja anda secara perundangan di dalam kategori seperti Paten, Trademark, Copyright, Industrial Design, Geographical Indication dan IC Layout Design.
Intellectual property (IP) are legal property rights over creations of the mind, both artistic and commercial, and the corresponding fields of law. Under intellectual property law, owners are granted certain exclusive rights to a variety of intangible assets, such as musical, literary, and artistic works; ideas, discoveries and inventions; and words, phrases, symbols, and designs. Common types of intellectual property include copyrights,trademarks,patents, industrial design rights and trade secrets.Sumber Wikipedia.com
Walau bagaimana pun, isu ini harus bermula dengan kesedaran setiap individu designer itu sendiri. Bertanggungjawablah dengan karya yang anda usahakan dan ganjaran yang anda terimakan. Kita haruslah belajar untuk menjadi jujur kepada diri sendiri. Usah mengambil jalan mudah untuk membuat kerja anda tanpa mengira sensitiviti dan etika kerja.
Semoga kita semua akan mendapat berkat yang lebih dengan kerja yang ‘jujur’.
Situasi 1 mungkin dilakukan oleh seorang yang bukan designer. Dia mungkin hanya seorang individu yang teramat minat dengan hasil kerja anda lantas menggunakan design tersebut tanpa izin di laman webnya. Yang menjadi isunya di sini ialah beliau tidak mendapatkan keizinan daripada artis yang asal. Atau, langsung ‘terlupa’ untuk memberi kredit.
Situasi 2 mungkin agak berat sedikit kerana yang melakukannya adalah seorang designer yang menggunakan idea dan design orang lain bagi mendapatkan ganjaran atau upah. Dengan mengaku kepada klien bahawa design tersebut adalah hasil kerjanya sendiri dan tiada isu hakcipta yang dilanggar, dia mengharapkan ganjaran daripada idea orang lain. Tentu sahaja salah bukan?
Disclosure: I created everything in my entry and I didn’t copy anyone else’s concept. Everything in this entry is my original work. I have full right to license/sell it.Pernyataan pengakuan yang lazim terdapat apabila membida design
Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah sikap dan etika sebagai seorang designer. Banyak insiden yang pernah berlaku dan diperkatakan tentang isu ciplak ini. Kadangkala berlaku kepada acara-acara besar seperti logo sambutan kemerdekaan Malaysia. Klien mungkin tiada masa atau kesempatan untuk membuat semakan terhadap semua penyertaan design. Jadi, tergantung kepada designer untuk bertanggungjawab terhadap hasil karyanya sendiri. Janganlah mengambil jalan mudah dengan meniru bulat-bulat hasil kerja orang lain atau ‘print screen’!
Secara praktisnya ramai designer yang bermula dengan meniru-niru gaya design artis yang dia minati. Ini tidak salah sekiranya hasil meniru-niru itu tidak diterbitkan di mana-mana. Atau kalau nak diterbit sekali pun, mungkin di laman web peribadi beliau sendiri dengan membuat nota dan kredit bahawa hasil kerja tersebut adalah sebuah ‘eksperimentasi atau latihan yang bersumberkan daripada idea si polan bin si polan’.
Kita kena pandai memberi kredit kepada orang lain terhadap hasil kerjanya yang kita pinjam, adaptasikan dan guna-pakai. Bukan susah sangat, minta izin dengan tuan punya karya dan letakkan nota kaki atau linkkan kepada sumber asal (sekiranya terdapat di laman web).
kredit kepada Abg Imran Abdul Jabar(My Sifooku..)
sumber http://sifoo.com/artikel/etika-kerja-designer-isu-ciplak/
Wednesday, April 28, 2010
Projek Oh Projek..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Aku dah lama xupdate blog ni..Ada je halangan bila nak update blog..Kadang-kadang ianya betul2 menguji kesabaran..Semalam baru selesai sesi fotografi gambar pasport untuk guru-guru Sek Keb Seri Sitiawan untuk melengkapkan carta organisasi sekolah...Aku,akidah dan kak hanizah selaku jurufoto mencari sudut sudut untuk dijadikan "studio sementara"..Alhamdulilah akhirnya aku dapat juga cari angel yang sesuai..

Disebalik sesi fotografi selama 2 hari mengikut kesesuaian masa guru yang lapang(pagi dan petang) ada pelbagai ragam yang dapat dilihat...Masalah yang dihadapi ialah masa shooting pertama card memory photo ada masalah dan aku kene tangkap banyak cikit untuk recover gambar yang rosak...
Selepas selesai fotografi tugas aku,akidah dan kak hanizah pula ditugaskan untuk "mengedit"muka-muka cikgu ni..kasi hilang jerawat dan clear skin..hehehehe..banyak gak kene buat..makan masa 1 minggu nak siap..Sambil2 aku edit gambar..bosan-bosan aku buat design adik untuk kak mas(pendidikan khas) semasa majlis perkhawinan adiknya..

Aku guna teknik HDR dalam Photoshop CS3..Masih banyak benda nak kena belajar..Ni pun aku kene curi masa di rumah untuk belajar..Kat rumah banyak projek xsiap seperti database,montaj dan sebagainya..
Tuesday, February 16, 2010
Design For My Sister

Assalamaualaikum dan semoga berada didalam rahmat ALLah swt.
Hari ini aku cari gambar2 yang lost dalam hard disk aku.Banyak gak file aku hilang sbb hard disk aku rosak..dapat sikit sangat gambar.Last aku buat design untuk adik aku semasa pg putrajaya sambil ziarah mak n ayah aku..Dah lama aku xpg sampai tersesat cari rumah kat putrajaya..

Ni aku dah lama buat design untuk anak sedara aku.puas aku cari dalam hard disk backup..alhamdulilah jumpa juga..fuhh..letih2 mencari gambar yang hilang.""hilang dalam kenangan""
Friday, February 12, 2010
Salam Tahun Baru2010
So far sambil aku tengok-tengok projek Taman Herba aku mula plan nak buat projek Kemahiran Hidup seperti membasuh kereta.Aku bagi pendedahan kepada murid cara membasuh kereta. At list murid aku ada yang berfikir untuk membuka perniagaan car wash ke dan benda2 yang sewaktu dengannya..











