Pages

Monday, December 7, 2009

ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Tahun ini dah masuk tahun ketiga aku berkahwin...baru dapat seorang cahayamata...2 lagi wife aku mengalami keguguran..aku redha dengan ketentuan Ilahi....Ada hikmahnya disebalik kejadian. Aku yakin lagi percaya setiap yang Allah tentukan itu ada hikmahnya.Sebagai hamba Allah aku hanya memohon perlindungan daripada bala bencana dan aku berdoa supaya dipermudahkan segala urusan dalam membimbing keluarga aku seperti yang telah di contohi oleh Rasulullah..Aku sempat juga buat design anak aku sambil rindu kat anak aku..Yealah aku duduk jauh dengan wife dan anak..ni gambar anak aku



Ni pulak gambar wife aku masa aku bawa anak aku pegi taman permainan..kamera buat hal..x lawa gambar..tengah kumpul dana nak beli kamera slr pulak...Insya Allah..

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH SERI SITIAWAN, MANJUNG

Salam semua..hehehe..dah lama aku xupdate blog ini...bizi ye memanjang..biasalah cikgu...
Kali ni aku nak upload gambar2 cikgu2 kat sekolah aku..biasalah aku ni jadi camera man..bizi tangkap gambar je..ni gambar cikgu perempuan yang sporting dengan aku..





Ini gambar guru besar aku yang best..bersama dengan penolong kanan..hehehe..so far so good aku duduk kat sekolah tu..banyak benda aku belajar dari cikgu2 senior..


Gambar di bawah ni gambar cikgu otai muzik kat sekolah aku..banyak pengalaman beb..aku je xsempat nak berguru dengan cikgu fairuz ni...

Banyak lagi gambar nak upload..heheheh..kat bawah ni pulak gambar ustam sham dan kak nab bersama dengan tokoh kokurikulum sekolah 2009..tahniah di ucapkan kepada adik...

Tuesday, November 3, 2009

PROJEK KHEMAH 2009 SKSS




Assalamualaikum dan salam muhibbah...
Dah lama aku xupdate blog ni..sejak 2 akhir ini aku diselubungi dengan pelbagai keja yang menimbun hingga memaksa aku balik lewat dari sekolah..sampai bila akan berakhir??aku pun xtahu....kali ini aku akan upload gambar semasa perkhemahan koko di Teluk Batik pada tahun ini..Dikesempatan ini aku minta maaf andai ada pihak2 tertentu yang marah atau terasa dengan gambar ini..just menghiburkan hati yang lara je...maaf yea..


Saturday, September 12, 2009

TIPS KEJUTKAN SAHUR


Kalau nak kejutkan org bangun tidur esp sahur..cam ni antara caranya..
1. Pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..

2. Sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia…

3. Renjis air kat muka dia…sambil panggil nama dia…

4. Tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia….

5. Tutup kipas/air cond

Tapi kalau still tak effect

1. Jerit nama dia kuat kuat…

2. Gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit

3. Simbah air sebaldi….kalau bleh air rendam baju dalam korang

4. Tarik rambut dia sampai jatuh dr tilam

5. Goyang badan dia kuat2 then jerit gempabumi! gempabumi! tsunami!tsunami!6. jerit api! api! api!

7. Letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bg ambik bau sikit


Tapi kalau still tak effect gak


1. Pergi kat telinga dia…then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali…

2. Pergi kat dia, baca je surah yaa sin! hehehehehe

tp kalau still tak effect gak…ni je la cara terakhir


1. Panggil je orang masjid/surau untuk uruskan…kerana tuhan lebih menyayanginya
Sumber :http://www.omaq.org/

Kredit untuk omaq.org

BERKAD REZEKI KERANA BERSEDEKAH


Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta atau rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun mempunyai harta yang banyak.
Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman,
"Bukankah aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?"
Nabi Ayub menjawab,
"Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu".

Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah
1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.
3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal
4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari.

"Carilah anak-anak yatim untuk diberikan sedekah. Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari".

6. Ikhlaskan pemberian atau sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya.

"Pemberian tangan kanan tanpa diketahui oleh tangan kiri"

Sedekah mulakanlah dengan keluarga sendiri terlebih dahulu. Selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak orang lain.
7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia tetapi pemberian wajib iaitu zakat perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi.Ini jelas dalam suran Al-Imran ayat,92:
لَن تَنَالُواْ الْبِرَّ حَتَّى تُنلَن تَنَالُواْ الْبِرَّ حَتَّى تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللّهَ بِهِ عَلِيمٌ
"92.You will not attain unto piety until ye spend of that which ye love . And what ever you spend , Allah is aware thereof"
9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat.
"Dunia untuk akhirat dan bukannya dunia untuk dunia"
10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa. 11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi.

Yang satu menyeru,
"Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah". Yang satu lagi menyeru,
"Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)"

Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda,
"Takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar". Dan sabdanya lagi,
"Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api". Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi. Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan.
"Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan lagi ilmu itu"
Begitu juga harta.
"Belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui"

Glosari:1. Menginfaqkan:membelanjakan2. Piety:kealiman,kesolehan
Sumber dari
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1926
Kredit untuk iluvislam.com

Wednesday, August 19, 2009

DESIGN MY DAUGHTER

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hehehe..Semalam aku buat design untuk anak aku...Sebab aku rindu bangat kat anak aku..biasalah seminggu sekali jumpa dengan wife dan anak aku. Mana tak rindu...Aku masukan gambar aku je sebab aku dah gambar aku dan wife aku tapi takde..puas cari tapi xsesuai..So aku belash je buat gambar ni..Aku still mencari ilmu berkenaan photoshop dan fotografi...kira still belajarlah..hehehhe
Aku mengambil kesempatan nak mengucapkan selamat hari jadi kepada kakak aku yang sulung iaitu siti nur aisyah iswani yang ke 29..Semoga panjang umur dan murah rezeki...Aku pun tak tahu nak bagi hadiah apa..Kalau bagi gambar 2/3 keping bolehlah aku conteng-conting dan buat frame kat dia..tu kot yang aku boleh buat..Yang lain aku tak reti sangat...la maklumlah  baru belajar..Heheheh

Saturday, August 15, 2009

KEJADIAN PELIK DI WINDOWS



MAGIC #1

Seorang Indian try create folder nama "CON"...baru perasan nama tu tak bleh guna..korg try tengok..kalau korg boleh buat mmg hebat la dari Bill Gates

MAGIC #2
Sesiapa yg guna Windows, cuba ni:
1.) Buka notepad kosong
2.) Taip Bush hid the facts
3.) Save as kat mana2..
4.) Tutup dan buka semula...Apa jadi eh?.....

MAGIC #3
Magic ni di jumpai oleh Brazilian. Cubalah... Bill Gates pun tk tau nk jwb cmne bleh jadi..
Buka Microsoft Word dan taip =rand (200, 99)
Lepas tu tekan ENTER .
Then see the magic...............................
Kredit to Reborn

WINDOWS SHORTCUT..



Adakah anda seorang yg mahir menggunakan Windows Shortcut?..Hanya perlu ingat gabungan beberapa huruf di keyboard anda..Disini saya senaraikan shortcut yg biasa digunakan sahaja..

CTRL+C (Copy)
CTRL+X (Cut)
CTRL+V (Paste)
CTRL+Z (Undo)
DELETE (Delete)
SHIFT+DELETE (Delete permanently)
F2 key (Rename the selected item)
CTRL+A (Select all)
CTRL+H (Find History)
ALT+TAB (Switch between the open items)
F5 key (Update the active window @ Refresh)
Windows Logo+E (Open My Computer)
ALT+F4 (Close the console)
CTRL+ALT+DEL (Open Task Manager)

Kredit kepada Reborn
P/S: Gambar keyboard paling nipis di dunia

Thursday, August 13, 2009

DESIGN HARIJADI MEMBER

Assalamualikum dan salam sejahtera..
Haaaa..aku tak tahu nak tulis tajuk ni..jadi blur....
Ni bukan gambar awek aku tapi gambar wife isteri kawan aku (cikgu Megat) di sekolah..Dengan selamba aku pun buat kad untuk wife dia sempena hari jadi entah ke berapa pun aku tak tahu..xsempat aku nak bertanya kat dia..Cikgu Megat bagi gambar dan aku membuat pilihan gambar yang sesuai untuk buat kad ini..
Oh lupa pulak aku nak wish tahniah kepada Cikgu Megat sebab baru menjadi ayah..Dapat pulak anak lelaki..cemburu juga aku sebab aku nak juga anak lelaki.Tapi Allah bagi rezeki anak perempuan dan aku redha..janji ada zuriat dan berkeadaan sihat..Dan tidak lupa juga aku nak ucapkan tahniah kepada kawan aku juga iaitu Ustaz Sham yang baru juga menjadi ayah...aku tak dapat gambar anak dia lagi..kalau aku dapat bolehlah aku buat design bila ada masa free nanti..nak juga jadi expert dalam photoshop..hehehehehe..

HADIAH UNTUK ISTERI


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Dah lama aku tak menulis dalam blog ini..sebab asyik sibuk dengan aktiviti sek dan lain-lain..
Jadi dikesempatan ini aku pun menulis kat blog..blog dah lama xupdate..aku sekarang sedang belajar buat design dengan photoshop. Makin explore makin menarik..
Aku sempat belajar menggunakan beberapa teknik dan tip untuk mencantikan gambar..sebenarnya dah lama aku buat gambar diatas tapi kat sekolah aku sibuk dan xdapat upload gambar ni..hehehe

Saturday, April 11, 2009

Majlis Persaraan Puan Zaharah

Ini gambar-gambar semasa perarakan masuk ke datataran sihat.siap baling-baling bunga rampai...

Di kesempatan ini aku sempat post gambar-gambar yang aku tangkap semasa majlis ini dijalankan..Ini gambar abg paling hensem kat sekolah..Siap peluk tiang bila nak tangkap gambar ni...masih single 3 lagi..kalau sape-sape nak boleh aku bagi borang....

Saturday, March 14, 2009

Cuti Sekolah Bermula


Assalamualaikum pembuka bicara...sekarang dah bermula cuti..aku pulak sibuk dengan pelbagai hal..macam macam nak kene settle...ada masa lapang sikit aku pun buka photoshop...lama dah xbuka..rindu beb..banyak teknik yang aku masih kene belajar dalam photoshop...aku pun tengok gambar lama masa anak aku berumur 6 bulan..masa tu aku baru habis praktikum..buatlah projek tanam sayur-sayuran..bolehlah nak berjimat cermat.Musim gawat..sambil surfing internet aku carilah cara nak tanam sayur-sayuran...ni gambar kat rumah sewa lama aku..My wife n anak bergambar dekat kebun sayur...aku pun buatlah efek kat interet..kalau nak belajar nanti aku bagitahu caranya..senang je..janji ada internet..jeng2..Insya Allah kalau aku ada masa lapang nanti aku upload gambar sukan pendidikan khas di daerah manjung...

Sunday, March 1, 2009

Gelagat Sukan Sek Keb Seri Setiawan Manjung Raya

Ni persembahan pra sekolah..best juga..ucapan tahniah kepada guru-guru yang mengajar budak2 ni..bukan senang nak mengajar..penat....aku pun dah merasa masa praktikum...kene buat persembahan masa hari sukan..
Ni pulak gambar masa sukaneka bagi sek petang..so far aku pun terhibur juga dengan gelagat budak-budak...hai kak nab..sempat lagi menyelit kat belakang..hehehe..jgn marah tau...gurau je.



Ha...macam2 gelagat aku tengok masa aku take picture..nak gelak pun ada..tapi sabar je...hehehe...Ni cikgu2 yang sporting dengan aku...kira ada geng jugalah..yang aku kenal kak zab..yang lain aku lupa nak nama..xsilaplah kak fazilah,kak rasidah...yang lain xsempat nak berkenalan..hehehe..jangan marah tau..ni kira posing maut tau...

Hari Sukan 2009





Ni pulak perbarisan rumah hijau..
Aku kenal student yang pakai topeng spider tu...
tapi xingat nama daaa...lupa...
So far rumah hijau dapat nombor 1..bagus2...tahun depan boleh usaha lagi
Kpd ustaz sham selaku ketua rumah hijau..tahiah diucapkan...





Ni perbarisan rumah kuning kalau xsilap aku..aku pun dah lupa daaa...banyak benda nak kene pikir..rumah kuning cun juga di kenekan dengan bunga matahari..aku pun nak tergelak tengok budak yang pakai bunga matahari...hehehehe


Assalamualaikum dan salam sejahtera..dah lama aku xupdate blog ni...bizi..so di kesempatan ini aku pun menulis...maklumlah pc ni selalu prob... dah tunggu masa nak "kiok"..kali ini aku akan upload gambar-gambar sukan ..... kali ini sukan sek keb seri setiawan manjung raya di adakan pada stadium manjung..first time buat...

Aku pun di tugaskan untuk menjaga bahagian peralatan..macam biasalah tugas aku masa aku belajar kat "u" dulu...So far so good..Masa belajar aku selalu jaga bahagian teknikal..kini dah bertukar arah..bolehla cari pengalaman sikit2.. :)