Pages

Friday, July 11, 2008

Inilah Kelebihan Ayat Kursi

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
  • Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

Daripada Pesan Guruku:

Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah swt maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan ,jin dan manusia seperti :

  • dikenakan sihir antaranya ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan(sakit santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan
  • terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol ,kecurian mahu kena pembuli jalanan.
  • dijauhkan dari fitnah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya. Semua perlindungan ini adalah datangnya dari Allah S.W.T atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah swt dan RasulNya Nabi Muhammad saw. Bagi kaum lelaki jangan lupa selepas selesai solat jumaat duduklah sebentar untuk melakukan amalan membaca 7 kali ayat Kursi ini dan 7 kali bagi setiap 3 Qul. Hikmah kelebihanNya banyak bagi mereka yang mengamalkan, insyaAllah

Tuesday, July 8, 2008

RM10K Sebulan Secara Online? Karutlah!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Pernahkah anda tertanya-tanya pada diri anda, rakan-rakan online anda dan pakar-pakar IM mengenai persoalan benarkah anda boleh membuat RM10K sebulan secara online melalui perniagaan internet?

Pernahkah anda tertanya-tanya kepada mereka yang sudah berjaya dalam perniagaan internet ini mengenai bagaimanakah cara yang mereka gunakan beserta tips untuk mendapatkan lebih RM10K sebulan untuk perniagaan mereka?

Pernahkah anda tercari-cari seseorang yang pakar dan berjaya yang boleh membantu anda sampai berjaya untuk mendapatkan RM10K sebulan melalui perniagaan internet?


Jika anda mempunyai persoalan seperti di atas, Tahniah diucapkan kerana anda telah berada di tempat yang betul untuk menjelaskan kekeliruan serta persoalan yang bermain di fikiran anda tersebut sejelas-jelasnya tanpa perlu berselindung!

Untuk persoalan "Benarkah anda boleh membuat RM10K sebulan secara online melalui perniagaan internet?" Percayalah bahawa ia sememangnya benar sebenar-benarnya bahawa anda boleh membuat RM10K sebulan secara online tanpa ragu-ragu. Tidak kiralah anda membuat perniagaan internet ataupun menjana wang melalui internet, untuk mendapatkan RM10K sebulan adalah tidak mustahil!

Ramai IM di luar negara mampu membuat lebih USD10K (Bukan RM10K) setiap bulan secara online, malahan ada juga IM dari Malaysia yang mampu membuat lebih RM10K setiap bulan walaupun mereka hanya belasan tahun. Bukankah ia tidak mustahil untuk anda menjadi seperti mereka juga?

Buktinya, Adly Mukhtar atau lebih dikenali sebagai Labanon Flarebiz yang merupakan pengasas Team Flarebiz mendapat lebih RM10K untuk bulan Januari 2008 dengan perniagaan online beliau walaupun beliau pada ketika itu merupakan bekas pelajar SPM berusia 18 tahun yang sedang menunggu keputusan SPM. Beliau hanya melakukannya hanya di rumah beliau di Kelantan.

Jika anda bertanya bagaimanakah caranya untuk mendapat RM10K beserta tips-tips untuk berjaya seperti beliau serta anda memerlukan seseorang yang pakar untuk membantu anda, Tahniah anda berada di tempat yang betul dan pada masa yang betul..

Ini kerana Team Flarebiz telah mengumpulkan semua cara, teknik, tips dan sebagainya dalam satu e-book khas untuk membantu anda menghuraikan segala persoalan anda untuk menjana lebih RM10K sebulan melalui Perniagaan Internet anda sendiri. Bukan itu sahaja malahan mereka akan membimbing anda sehingga anda berjaya menjadi seperti mereka.

Memperkenalkan Sebuah E-Book Kontroversi

Pakej Rahsia 10K


Dalam Pakej Rahsia 10K Yang lengkap ini mengandungi:

- Ebook Rahsia 10k - Case Study (Bernilai RM97)
- Ebook Rahsia 10k - Praktikal (Bernilai RM67)
- Ebook Rahsia 10k - Plan 60 Hari (Bernilai RM37)
- Teleseminar Bersama Zamri Nanyan (Bernilai RM87)
- Interview Bersama 4 Orang Internet Marketer (Bernilai RM397)
- Video Tutorial Membuat Ebook (Bernilai RM47)
- Senarai Semak (Bernilai RM17)


Dapatkannya segera untuk mengubah nasib dan masa depan anda dalam perniagaan internet anda sekarang juga jika anda tidak mahu menyesal seumur hidup anda berada di takuk lama! Dapatkan segera di http://www.rahsia10k.com/index.php?ref=matnur_83 [+]

Sahabat online anda,




PS: Ramai orang masih dibuai angan-angan untuk menjana berjuta-juta USD kononnya melalui perniagaan internet sedangkan tidak tahu bagaimanakah caranya. Kini anda selangkah lebih ke hadapan kerana anda sudah menjumpai jalan untuk membantu anda menjadikan angan-angananda satu kenyataan. Bertindaklah sekarang juga!

Sunday, July 6, 2008

awaluddin ma'rifatullah

salam...
awaluddin ma'rifatullah. tu yg mak ayah sokmo sebut. nak awaluddin makrifatullah, mula-mula kena kenal diri dulu. dah kenal diri, carilah agama. sesungguhnya tiada agam yang lebih benar lagi suci melainkan agama Islam. ana pun tak tinggi mana pengetahuan agama. tapi perkara asas ana sangat tekankan. kalau asas dah hancur camne nak teruskan dengan tahap yang lebih tinggi. hehe.
dah kenal agama, sure kenal Allah. kemudian bolehlah kita teruskan hidup dengan pilihan kita yang benar. tapi ingat, ilmu agama ni jgn diringankan dan jgn pula diberatkan. nanti yg susah diri sendiri. sok2 masuk kubur sorang2. tak de sape boleh tolong melainkan amal yang pernah kita buat masa hidup. kalu nak selamat, seimbangkanlah ilmu dunia dgn ilmu akhirat. dgn kata lain apa yang kita buat, fikir, rasa dan sebagainya semuanya kena seimbang. macam ana, ana minat agama dan ana minat IT. jadi pandai-pandailah ana seimbangkan. till next post. salam.